March 31, 2010

P.I.N.K. feveret

P.I.N.K.
itu gadis
lembut bkn pondan
tenang bkn maknyah
memukau mata gadis

P.I.N.K.
hello kitty itu punya dress
mangkok itu punya kaler
stapler itu punya kepala
& semestinya laptop cover pun P.I.N.K.

P.I.N.K.
kau lelaki tidak suka
aku ge-girl memang suka
lelaki t-shirt P.I.N.K ~ playboy
ge-girl t-shirt P.I.N.K. ~ gadis ayu :)

P.I.N.K.
kaler ter'bek setiap thn

P.I.N.K kiss ..muahhxx

March 19, 2010

sedetik jiwa di petang jumaat

xde mood nak kje
xde mood nak makan
xde mood nak lepak
xde mood nak berlawak jenaka
xde mood nak berchenta
xde mood nak minum kopi
xde mood nak cuci mate tngk pakwe ncem
xde mood nak meronggeng
xde mood nak wat segala-galanya..

yg penting kalo nak wish "morning" kat aku biar lepas pkl 7 pagi...sbb jam2 sblm tu aku nak layar mimpi-mimpi.. please....hahahaha..

March 8, 2010

pemerhati misteri

siapa dia pemerhati misteri?
pandangannya sepi penuh tanda tanya
siapa yg mampu membaca isi hati pemerhati misteri
hingga terungkai semua persoalan
pandangan itu membuatkan aku tak keruan
jiwa seolah2 dapat membaca apa yang tersirat
namun tenang menghadapi segalanya

siapa dia pemerhati misteri?
hingga satu ketika di luah jua segala
telahan seperti yg ku duga
jiwa tidak seperti biasa
tak keruan setiap kali mata bertentang
bukan menerima mahupun menolak
cuma masa tak mengizinkan

siapa dia pemerhati misteri?
nota ringkas menyatakan rasa
rs cinta & puisi mewarnai malam2 ku
tp cinta tidak pernah mekar
adakah itu cinta? maaf pemerhati misteri
mungkin aku bukan terbaik buat mu
maaf jika keputusanku menyakiti mu...maaf

lupakan aku pemerhati misteri
kerana aku xmampu jadi yg terbaik buat mu
ada insan yg lebih sempurna utk mu...bukan aku
jiwa yang luka akan terubat 1 masa & ketika
aku xtau bila...tapi percayalah kau pasti sembuh
bangunlah mencari cinta baru
andai itu mampu mengisi ruang hidup mu...

lupakan aku pemerhati misteri
untuk selamanya..............
hanya kenangan menjadi penghubung kita
usah risau....ucapan terima kasih atas segala cinta
kesatlah air mata mu itu
jangan ada yang mengalir...
akan ku simpan segala kenangan itu dgn rapi
aku doakan kau bahagia selamanya

xoxo...adios
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...