September 24, 2010

Musim Luruh

Musim luruh datang lagi
Ia bukan datang membawa kesedihan 
Ia juga bukan hadir utk menyakitkan
Ia cuma perlukan pengertian yg tiada penghujungnya

Semusim itu begitu berharga
Utk mengenal apa itu cinta
Utk merasai apa itu derita merindu
Sakitnya memendam
Andai dia tau segalanya alangkah baiknya

Musim panas itu indah
Pabila bunga mekar
Tetapi adakah ia tetap mekar pada musim luruh?
Layunya pasti

Adakah musim luruh akan berakhir begitu pantas?
Dan adakah musim sejuk menanti begitu pasti?
Jika cinta itu hadir di antara kita
Izinkan aku berkongsi musim sejuk bersamamu
Berikan sedikit ruang saja utk aku bertapak

Berikan ruang dan masa
Untuk menghayati kelembutan angin di musim luruh
Untuk menikmati dinginnya musim sejuk
Untuk merasakan hangat musim panas
Untuk menceriakan bumi pada musim bunga

Cuma 1 saja pengertian disebalik kata
4 musim begitu indah jika dikongsi bersama
Agar 1 masa, apapun musim ketika itu
Kita tetap bersama ...selamanya..


Hanya utk mu yg mengerti...
Ia tak mampu terluah oleh kata2..
Cuma perlukan suatu pengertian...
Sarang-Hae yo!








Autumn in My Heart OST: Reason

new hair , heart remain unchanged

Seketika di saloon wings damansara utama...

Mcm ne my new hair cut? ade cun tak? muahahaha
Opss terover la plak..sbb aku frust sngt pinangan ditolak,
tu pasai aku trus potong rambut hok gini...serabai bai!
Pinangan nak dapat air ticket RM69 hinggit oleh airasia...
O tidak, betapa aku tak dapat menerima hakikat yg aku
telah ketinggalan beberapa jam sblm ticket sold out....

Ape pun.....
Aku tetap aku yg slumber rock...hidup kena ceria ...
Baru org syg...kalo org xnak syg pon xpe..kita syg la diri
sndri...SO, kita tak la rugi ape2...

Sept 2010 akan berakhir tdk lama lagi...hargai sebaiknya..
Bagi aku Sept adalah bulan yang sngt2 indah dan perlu
dihargai setiap saat...sbb bila ia berlalu mmg xdapat di rewind blk..

August 30, 2010

aku mahu pulang

waaawaaaawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
aku mahu pulang
aku mahu dakap tubuh yang penuh dengan kasih sayang itu
aku mahu kucupan manja ibu
aku sudah jemu
aku sudah letih
aku sudah xsuke
ye xsuke xsuke xsuke!
benci dengan keadaan yg rabakkan kepala otak
benci dengan sikap kepura-puraan manusia
manusiakah itu, yang bertopengkan toyol
hahaha..kejam ketawa itu
arghhhh aku mahu pulang!!!!!!

August 25, 2010

Perjalanan yang panjang

Cuti lagi yey..!
bkn cuti2 malaysia taw tp cuti2 sbb tensen kje..aku tak kisah korang nak fikir aku malas ka, sengal ka, yg penting aku harus mengambil cuti atas alasan aku sudah lama tak jumpa kawan2 lama.

Plan kali ni boleh dikatakan pergi melabur masa di jalan raya. Dah boring dok melongo kat umah agaknyer.. kihkihkih..betapa cuak nyer aku bila terlambat sampai kat LCCT. owh!! 20 minit lagi flight nak berlepas. Nasib aku kira baik sbb sempat kejar.Kesabaran masih dalam tahap terkawal.Punya la sengal pakcik yg drebar bus tu..disengajakan kelambatan perjalanan ke KL central. Geram nyer...Tp aku dh maafkan dalam hati.huhu

Bermulalah perjalanan yang panjang.
KL -> KUCH -> SIBU -> BINTULU -> MIRI -> SIBU -> KUCH -> KL.
nampak mcm singkat kan..tp hakikatnya ia hanya mengambil masa 4 hari..mmg semua sendi2 aku nak tercabut seyh...tp aku happy giler.Xpernah aku wat jelajah jalan smpi begitu panjang masanya. Dikesempatan ni aku nak ucapkan tima kaseh kat kwn2 yg tolong driving..hehe sori ye aku hanya jadi penumpang jer.

Bila dh pulang KL rs sunyi sngt.Sedih datang lagi & cuti menjerit2 minta nak lagi..wakaka suka sngt jalan..NAH! hambik kau! kerja atas meja berlamabak..mcm mn nak buat ni? haha...kena la tanggung sndri kan kan...
pe pun aku amat puas dgn percutian kali ni..

Kepada korng2 yang kerja separuh nyawa tu, pergi la bercuti sekali sekala, bila pulang korang akan rs begitu semangat pulak nak kerja..selamat maju jaya :P

August 6, 2010

J.I.K.A.

JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU,
"HARGAILAH IA SEBELUM TERLAMBAT" dot.dot.dot.

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
Dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.





















Wahai suami-suami,
Jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam...

Wahai suami-suami,
Jika seorang isteri menangis keranamu,
Tolong jangan sia-siakan nya
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis dihadapanmu,
Saat dia menangsi keranamu,
Lihatlah jauh ke dalam matanya
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Disebalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dasyat...

TUTUR katanya merupakan kebenaran...
SENYUMANNYA adalah semangat bagi orang yang dicintainya
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yg dikasihinya
Dia mampu TERSENYUM disebalik KESEDIHANnya
Dia sangat GEMBIRA melihat kelahirannya
Dia begitu SEDIH melihat KEMATIAN
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN

Tetapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal...
Bahawa "Betapa berharganya dia"...
Wahai SUAMI jangan lupa bahawa ISTERI anda begitu berharga...dia sangat BERHARGA..


Petikan xdapat dikesan usulnya..
Jam 6.38pm

July 17, 2010

Cerita teladan utk suami2 yg malas

HANYA UNTUK RENUNGAN

...Kedai Roti...
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
" Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi. " Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob."Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila
mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?". "Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".
" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.
" Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

 
Petikan dr sumber yg tak di ketahui...via email 10.01am :)

July 15, 2010

bila hati berkata-kata


kelmarin, semalam, ari ni macam mimpi jer.
tuptuptaptap aku dah berumur 24 tahun tak cukup bulan.
bukan nak nafikan yg aku semakin cantik dan ayu (poyo sket), tapi zaman kanak-kanak itu terlalu indah
bila main kejar-kejar, semua suka bila jadi orang yang di kejar dari orang yang mengejar.
bila tak dapat kejar lepas setengah jam, mula la kawan tarik muncung sedepa.
bila main baling slipar, seronok bukan main lagi ajak 1 sekolah kawan-kawan join.
bila group asik-asik kalah, pakat ngan group xnak kawan ngan group lawan.
bila main batu seremban, mula-mula main nak tunjuk skill masing-masing..
lambung tinggi-tinggi dah rasa sangat hebat la tu..
bila point jauh di belakang, rasa nak nangis dan baling je batu tu ke muka lawan...(bawa bersabar).
bila main zero point a.k.a lompat getah, rasa macam ahli gimnastik artistik pulak.
terkinja sana terkinja sini..bila point dah tinggi bukan main suka..(amboi-amboi).
salah satu lagu.. "rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba.."
haaa...hobi kami adik beradik pulak main cikgu-cikgu...
tapi dah besar sorng pun xde jadi cikgu..(cikgi adelah)
bila dah meningkat dewasa pula, dah pandai melawa
conteng muka ngan make-up2..time kecik-kecik curi-curi bawa make-up mak masuk bilik
hasilnya, muka macam opera cina..tengok cermin takut sendiri..
bila dah dewasa, make-up ade la upgrade sikit skill masing-masing.
bedak amoi mak dah tak pandang lagi..hehe...barang baru ade, barang yang lama jgn dilupakan.
panjang pula mengelamun tentang masa silam
jauh di sudut hati, aku amat merindui saat-saat itu...

May 27, 2010

cominG home aGain...

Jom pulang lagi dan lagi...sekarang ni bila2 masa ja boleh terbang asalkan ada wang..tol tak? lagipun dengan penerbangan tambang murah airasia, siapa2 pun boleh terbang...banyak tempat2 baru yg dah di promosikan..so jangan malu jangan segan nak click kat website ni.~ check-it out http://www.airasia.com/
owh..aku sekarang dan tika ini berasa ngantuk yang amat...tak tidur dr semalam..ari ni flight pukul 9.45am...sabar jak lah menanti....jom tngk pic pesawat di bawah...hehehe tentunya korng dh biasa tngk kan kan??

May 26, 2010

Otin itih...(bidayuh version)

Otin itih…

Ku ngiduang ki rongit
Sukup nyam bidanah eh
Biru2 mun eh
Ogi manuk timilip katik..timilip kanih..
Tok2 rami mun eh…

Otin tih…
Suba leh okuk mun ayua manuk noh
Akan eh okuk leh manusia paling rami
Doik nyaa piduli
Daki2 odi doik nyaa puan
Wah…paguh manah

Otin tih…
Ogi masa otto di somu
Ogi masa otto di douk
Pak cniak yak maad ki somu asar mala sija di douk
Gara2 nouh eh slalu main douk tonyuk toling
Noh leh adin gago sija di douk

Otin tih…
Sunyi manah
Doik nyam wat ku ngibur otin ku tih
Doik nyam bidanah asong ku tih
Doik geh puan oni di totu pikir ku
Jok ku puan nang Otin ku tih
Sukup jobong di bidou samak kuk

Otin tih…
Doik potod2 bidoa
Sak Topa pijawak oran saan samak kuk
Sak yoh roo di topat nyaa di sonang douh rami
Doik nyam topat kuk tanon asong jobong ku tih
Jok ku raan tanon ingan..
Okuk sukup kuk nyayang samak ku
Jobong kuk tudu eh...


So onak dayung no.3 ingan..hihihi:))

May 22, 2010

Cintakah DIA???

*Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.

Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

*Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

*Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik.Walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

*Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

*Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’, 'selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi. Walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, Menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

*Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

*Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

*Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

*Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga.Walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

*Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

*Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

*Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

*Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

*Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

*Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu. Pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’ .

*Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

*Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

*Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

*Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

*Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

*Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

*Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

*Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Rebah dengan kerinduan iTu

Rebah...
Rindu yang sering kali berkunjung amat memeritkan jiwa
Ditempis ke sudut hati tapi kerap jua bertandang
Mengapa perlu jua ada perpisahan yang memeritkan?
Mengapa pergi disaat aku masih memerlukan?
Luluh seluruh kekuatan yang dipertahankan selama ini

Rebah
Ingin ku berbual seperti dahulu
Mengenai kereta, telefon, barang electric dan apa saja
Ingin ku dengar cerita donggeng lucu daripada bibir mu
Yang ku dengar dari kecil ku sampai dewasa…tanpa jemu
Ingin ku membawa diri mu bercuti
Ingin ku kucup dahi mu itu sekali lagi walaupun itu sangat janggal buat ku
Dan…ingin ku dengar dirimu memanggilku dengan panggilan “arikoma”
Ya….aku sangat2 rindukan saat itu

Rebah,
Aku bukan insan yang tabah hadapi segala ini
Ingin ku kabarkan pada alam semesta yang aku sangat2 rindukan mu
Belum sempat ku minta pengampunan di atas segala dosa2 lalu
Mungkinkah aku terlewat?
Apakah erti air mata ini?
Maaf kerana menangisi pemergian mu..
Seharusnya aku doakan diri mu pergi dengan aman
Walaupun kenyataan nya sangat berat utk ku terima

Rebah,
Dan rebah lagi
Aku rindu …
Kehilangan mu buat selamanya aku relakan
Kerna aku tahu , dirimu pergi mendahului kami semua
Dan menanti …bila tiba saat dan ketika giliran kami pula…
Ayah………ku rindu..

 
Anak yang merindui mu selalu ~

May 20, 2010

Setarbak Kopi V$ Starbuck Coffee

Ari ni kerja macam biasa..tepat pukul sembilan(9) skema la plak aku sampai opis..dengan lemah gemalai menuju ke pintu utama, pintu kaca itu aku kuak perlahan...aduh mengantuks yang amat..macam ni la pagi-pagi..mata berat, lagaknya seperti memikul 10kilo beras atas kelopak mata..belum lagi ditambah dengan berat liquid mascara..hehe..sebenarnya tak da masa aku nak bermake-up.. aku la orang yang paling simple di abad ini.. =) Aku on PC...& type password (*****) pastu ENTER!..haha..then click Microsoft Outlook. Perkara pertama sebaik sahaja meng'on' kan PC ialah check email. Kalau korang nak tau email pertama aku received pagi ni.....wat aku tergelak sendiri.(tak la lawak, tp aku rasa geli hati jer)..ni aku share ngan korang sume ~


SETARBAK KOPI ~ lokasi terletak di Beranang, Selangor. Try la k. Ni pon sama mcm STARBUCK COFFEE gak...Kopi dia femes...


Tapi sejujurnya aku memang peminat setia Starbuck Coffee. Kopi yang dorang buat sangat terbest lah. Aroma yang mempersonakan. Nak pergi selalu tu tak la cukup fulus kan!..So, sekurang-kurangnya aku akan menjejak kaki ke Starbuck sebulan sekali. Kalau tak dapat Starbuck, The Coffee Bean pun jadilah. Beverage yang menjadi kegemaran ialah Ice Blended lah. Ape lagi kan? hahahaha...antara feveret terbaek punya milik Starbuck ....check2 bawah ni ha...~ ~ ~

Surpppppp......pyyyy...Ni ~ Double Chocolaty Chip Frappuccino® Blended Beverage
Sila check di link ni ~  http://www.starbucks.com/menu

Kepada yang belum merasa, dan dalam kepala hotak tu asik terfikir "mahal la, setakat kopi je, bek bancuh sendiri..." ..Memang tak dinafikan, mahal juga harganya..Aku pun kumpul duit juga nak minum kat Starbuck..Tapi bagi aku, ia berbaloi..(bagi aku lah)..hehe..Duduk melepak kat Starbuck sambil minum kopi dan buat assignment & online memang best..Very2 relaxing.Betul tak? Tentu ramai dah pernah buat kerja ni..hahaha..Apepun, janji rocK!! Semoge di pagi Khamis ni sume kawan2 berbahagia hendak nya...chow!


May 19, 2010

Simple Words

Your Heart is your Love,
Your love is your Family ,
Your family is your Future ,
Your future is your Destiny ,
Your destiny is your Ambition,
Your ambition is your Aspiration ,
Your aspiration is your Motivation ,
Your motivation is your Belief
Your belief is your Peace ,
Your peace is your Target ,
Your target is your Friends,
Life is no fun without

F*R*I*E*N*D*S

Adakah KAMU...dot dot dot~

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami …
menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

May 10, 2010

thousand word

Aku duduk termenong sambil baca2 di dinding lappy ku yang chumelz...the terbaca ayat2 yg menyentuh jiwa ni..sangat power punya ayat...jom kita sama2 menghayati ea.... :)


No one can go back and make a brand new start.
Anyone can start from now and make a brand new ending
God didn't promise days without pain,
Laughter without sorrow,
Sun without rain,
But he did promise strength for the day,
Comfort for the tears,
And light for the way.
Disappointments are like road humps,
They slow you down
A bit but you enjoy
The smooth road afterwards.
Don't stay on the humps too long.
Move on!

When you feel down because you didn't get what you want,
Just sit tight and be happy,
because God is thinking of something better to give you.
When something happens to you,
Good or bad, consider what it means.
There's a purpose to life's events,
To teach you how to laugh more or not to cry too hard.
You can't make someone love you,
All you can do is be someone who can be loved,
The rest is up to the person
To realize your worth.

The measure of love is when you love without measure.
In life there are very rare chances 
That you'll meet the person you love and loves you in return.
So once you have it don't ever let it go,
The chance might never come your way again.
It's better to lose your pride to the one you love,
Than to lose the one you love because of pride.
We spend too much time looking for the right person to love or
finding fault with those we already love,
When instead we should be perfecting the love we give

When you truly care for someone,
You don't look for faults,
You don't look for answers,
You don't look for mistakes,
Instead, you fight the mistakes,
You accept the faults,
And you overlook the excuses.
Never abandon on old friend.
You will never find one who can take his place.
Friendship is like wine,
It gets better as it grows older.


Author Unknown.



5 simple rules

Remember the 5 simple rules to be happy :


1. Free your heart from hatred.


2. Free your mind from worries.


3. Live simply.


4. Give more.


5. Expect less.

April 27, 2010

Sempit tu ??? :P

Al-kisah ~

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia dikehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkah laku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone dan camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli gelaman melihat tingkah laku mereka.

"Hai.....sorang ke bro?"...tiba-tiba wartawan itu di sapa.

"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.

Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut saja.

"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.

Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses penukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yang berhampiran dengan wartawan itu.

"Eh-eh...ada dara la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.

"A'ah lah....kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.

Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu.

"Kalau dah tak dara kenapa kentut? Kuat lak tu. Sempit tuuu...", ujar salah seorang gay itu.

Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya dinodai secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

MORAL KPD LELAKI : Jangan kentut dihadapan GAY. AWAS!!



Sumber dipetik dari Cik.Rina(yahoo), Tues, Dec 12.

April 22, 2010

JoM KuranGkan $tre$$ (",)

Cara-cara kurangkan stress....

Pergilah lepak ngan member2, jangan 24jam dok on9 jer..
Beramah mesra dengan jiran2 ke...


Ha...ni paling best, jom cuti-cuti malaysia..tenangkan fikiran, lupakan masalah yg menyesakkan..
Anda pasti berasa lebih tenang selepas bercuti ...YeaH!!


Elakkan minuman keras..Walau stress mcm mana pun, jangan amik mende haram ni k..


TAK NAK!! TAK NAK!! , jgn cakap jer k...tolong elakkan tau ! hikss..
Amalkan gaya hidup yg sihat yer..


SPA-Q?? ape2 je ar..mandi munge-munge kew...
Ni salah satu terapi yg berbaik utk beri kesegaran pada tubuh badan..kena try :))


WALK AWAY FROM S.T.R.E.S.S !!

April 21, 2010

Stress ker?

Tekanan Mental dan Pekerjaan

Setiap drpd kita mengalami tekanan kerja. Suasana tempat kerja yg selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yg kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.

Punca-Punca Tekanan di Tempat Kerja
>> Jenis pekerjaan - suasana tempat kerja, tekanan kerja yg berpanjangan & perubahan cara pengendalian kerja.



Peranan & fungsi Pekerjaan
>> Kerja dan peranan yg sentiasa berubah-ubah secara kerap @ pekerjaan yg merbahaya.



Perhubungan
>> Konflik sesama rakan sekerja dan majikan.



Kerjaya
>> Kurang insentif & penghargaan dr majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan / diturunkan pangkat @ ilang pekerjaan.



Perubahan dalam organisasi
>> Perubahan dlm struktur & pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan & tekanan kpd pekerja.




Kalau nak setiasa muda, elakkan stress nyek..nanti kite cari cara2 mengurangkan tekanan / stress dgn lebih berkesan :)

April 20, 2010

Mandi Manda di FRIM

Forest Research Institute Malaysia (FRIM) , Kepong

Main air bersama si comel Batrish, Dayah, Kak Linda & Vivian

Adei..mate masuk pasir...ngeeee *_*

Adik tu gune swimming suit..aku gune t-shirt JOHO pon smart gak ...

Power Puff girl (",)

Smangat JOHO ~ korunk gune la baju JOHO br dpt feel mcm mn kelainannye..:P

Kawan2 turut memeriahkan riadah hari minggu

Sesi mengisi peot kite org..yum yum**

Meditasi fikiran ~ tenang sungguh ms nie

April 19, 2010

Bile kite S.A.Y.A.N.K. org tu....

Bile kite syg org tu
Kite tggu dier lame pon tak pe
Tp bile dier tggu kite??? dier marah2
Ati kate ...ala, adatlah ada yg menunggu & d'tggu

Bile kite syg org tu
Kite x tido pun xpe layan dier yg ngah bosan
Tp bile kite bosan ada dier layan kite?
Ati kate xpe dier busy kot...

Bile kite syg org tu
Kite gaduh ngan dier, kite diam jer
Tp dier heboh 1 dunia
Ati kate xpe, dier tension tuh...

Bile kite syg org tu
Kite kol nak ckp ngan dier
Tp dier bg phone kat org len or matikn
Bile jd cam tu, xpe
Ati kate, xpe, lyn je, kwn2 dier, kwn kite gak

Bile kite syg org tu
Kite bercerita ngan dier, citer ngan tunggul lg bek
Tp bile dier bercerita ngan kite
Kite dngr, sepatah2 kite kena ingat
Kalo xingat kite yg kne marah
Ati kate xpe syg katakan...

Bile kite syg org tu
Kite & dier lapar
Tp kite bg sume roti kite kat dier
Ati kate, ala jagalah ati dier, cian dier...

Bile kite syg org tu
Kite sanggup bg dier rest bile dier letih
Tp bile kite letih, dier suh gak kite lyn dier bile dier bosan
Adil ker? Ati kate, ala bukan slalu pon...

Bile kite syg org tu
Kite jadi cam org giler dngr dier sakit
Tp bile kite sakit
Dier siap kuar ngan kwn2 dier raikan hari kesakitan kite
Ati kate, ala xpe, xkan dier nak b'kepit ngan kite 24 jam

Bile kite syg org tu
Kite xpernah pentingkan diri sndri
Tp dier hipokrit tahap gaban
Ati kate xpe, dier mmg cam tu knelah trima...

Bile kite syg org tu
Kite syg nak tinggalkan dier slama2nya
Tp dier xtau kite berdepan dgn maut
Wlupon kite sakit, dier kate kat kite
Sakit biase2 jer, jgn nak mengarut
Ati kate, cam ne lah dier bile kite xde
Mesti dier hepi

Bile kite syg org tu
Kite xsanggup tngk dier derita
Tp dier tak pernah hargai diri kite
Ati kate, tau x betapa kite syg kan dier?

Bile kite syg org tu
Kite sanggup tinggalkan dier slama2nya utk dier bahagia
Tp adakah dier tau pengorbanan kite???
Ati kate, xpe, janji dier bahagia

Dan...
Bile kite dah tinggalkan dier slama2nya
Dier dtg ziarah pusara kite
Dier kate dier minta maaf sbb pernah m'gata kite
Dier minta maaf sbb pernah wat kite tggu dier
Dier minta maaf sbb pernah paksa kite layan dier time bosan
Dier minta maaf sbb pernah heboh 1 dunia salah kite
Dier minta maaf sbb pernah xhiraukan kol kite
Dier minta maaf sbb pernah xdngr luahan ati kite
Dier minta maaf sbb pernah wat kite kelaparan sbb dier
Dier minta maaf sbb pernah ganggu waktu rehat kite
Dier minta maaf sbb xpernah hiraukan sakit kite
Dier minta maaf sbb pernah pentingkan diri dier sndri
Dier minta maaf sbb xpernah tngk penderitaan kite

NAMUN SEMUANYA TELAH TERLAMBAT

HARGAILAH ORANG2 YG KITE S.A.Y.A.N.K... :)





April 10, 2010

Lu sapa?
Pandang mcm nak telan gua
Pandang mcm nak tikam gua
Pandang mcm gua cikaro sexy

Lu sapa?
Mangkok ke kuali?
Spoon ke sudu?
Fork ke garpu?
Wa tak kisah la..

Lu sapa?
Wa men fesbuk, lu jelez,
Wa men tagged, lu geram,
Wa kecimpungkn diri dlm blog, lu tensyen
Lu lu, gua gua la!

Lu sapa?
Mana wa ada, lu pun ada
Mana wa sorok, lu ekot
Wa dating pon lu kacau daun
Arghhh pg la lu..

Tp akhir nya wa sedar..
Wa xkan dpt lari dr lu..
Sbb lu bayang2 wa sndri..
Adoi...ting tong betoi la..
huhuhu....
akhirnya ~
LU & GUA ~ 2gether forever.. :p

April 3, 2010

Easy & Difficult

Easy is to judge the mistakes of others
Difficult is to recognize our own mistakes


Easy is to talk without thinking
Difficult is to refrain the tongue


Easy is to hurt someone who loves us.
Difficult is to heal the wound...


Easy is to forgive others
Difficult is to ask for forgiveness


Easy is to set rules.
Difficult is to follow them...


Easy is to dream every night.
Difficult is to fight for a dream...


Easy is to show victory.
Difficult is to assume defeat with dignity...


Easy is to admire a full moon.
Difficult to see the other side...


Easy is to stumble with a stone.
Difficult is to get up....

Easy is to enjoy life every day.
Difficult to give its real value...


Easy is to promise something to someone.
Difficult is to fulfill that promise...


Easy is to say we love.
Difficult is to show it every day...


Easy is to criticize others.
Difficult is to improve oneself...


Easy is to make mistakes.
Difficult is to learn from them...


Easy is to weep for a lost love.
Difficult is to take care of it so not to lose it.


Easy is to think about improving.
Difficult is to stop thinking it and put it into action...


Easy is to think bad of others
Difficult is to give them the benefit of the doubt...


Easy is to receive
Difficult is to give


Easy to read this
Difficult to follow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...