July 17, 2010

Cerita teladan utk suami2 yg malas

HANYA UNTUK RENUNGAN

...Kedai Roti...
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
" Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi. " Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob."Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila
mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?". "Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".
" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.
" Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

 
Petikan dr sumber yg tak di ketahui...via email 10.01am :)

July 15, 2010

bila hati berkata-kata


kelmarin, semalam, ari ni macam mimpi jer.
tuptuptaptap aku dah berumur 24 tahun tak cukup bulan.
bukan nak nafikan yg aku semakin cantik dan ayu (poyo sket), tapi zaman kanak-kanak itu terlalu indah
bila main kejar-kejar, semua suka bila jadi orang yang di kejar dari orang yang mengejar.
bila tak dapat kejar lepas setengah jam, mula la kawan tarik muncung sedepa.
bila main baling slipar, seronok bukan main lagi ajak 1 sekolah kawan-kawan join.
bila group asik-asik kalah, pakat ngan group xnak kawan ngan group lawan.
bila main batu seremban, mula-mula main nak tunjuk skill masing-masing..
lambung tinggi-tinggi dah rasa sangat hebat la tu..
bila point jauh di belakang, rasa nak nangis dan baling je batu tu ke muka lawan...(bawa bersabar).
bila main zero point a.k.a lompat getah, rasa macam ahli gimnastik artistik pulak.
terkinja sana terkinja sini..bila point dah tinggi bukan main suka..(amboi-amboi).
salah satu lagu.. "rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba.."
haaa...hobi kami adik beradik pulak main cikgu-cikgu...
tapi dah besar sorng pun xde jadi cikgu..(cikgi adelah)
bila dah meningkat dewasa pula, dah pandai melawa
conteng muka ngan make-up2..time kecik-kecik curi-curi bawa make-up mak masuk bilik
hasilnya, muka macam opera cina..tengok cermin takut sendiri..
bila dah dewasa, make-up ade la upgrade sikit skill masing-masing.
bedak amoi mak dah tak pandang lagi..hehe...barang baru ade, barang yang lama jgn dilupakan.
panjang pula mengelamun tentang masa silam
jauh di sudut hati, aku amat merindui saat-saat itu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...