November 29, 2012

terlewat atau terlambat

Hari ni hari khamis...kenapa la hari ni tidak hari jumaat? aku ni dh happy nak berehat2 sambil goyang2 kaki kat umah..haiz ! Terlewat bangun omigod... tu le pasai, beriya sj set alarm pukul 6.oo AM.. tp sudahnya sambung tido lagi.. aku bermimpi terlewat ke office sbb baju yg aku cari tak jumpa...aku pun pelik gak, nape aku nak jg baju kaler hijau lumut tu, tak kira nak juga..bila dah jumpa bergegas turun ke office (ni alkisah dlm mimpi ngeri).. sedar2 je dah pkl 8.oo AM... mak ai terkejut beruk la aku...dah tau lewat tp dgn langkah penuh kemalasan pergi mandi.. bole pula cuci rambutku yg panjang mengurai. shampoo pantene anti hair fall pekejadah tetap hair fall jg.. faktor umur meningkat kot.. akhirnya sampai ke office pkl 10.00 AM. Muke slamber je msk office...kihkihkihkihkih

Nota Kaki : November rain, so dlm mimpi mmg kebasahan la..ahaks!

November 5, 2012

Menanti Dengan Sabar

Aku tak tau nak mula dari mana. Mulut terasa terkunci dan kekecewaan ini telah menyentap jiwa. Aku juga tak tahu dimana silapnya. Apakah aku punca ini berlaku? Tapi kenapa erk? Aku sendiri tiada jawapan untuk semua persoalan yang timbul.

Berbalik kepada kisah asal, walaupun aku ni brutal sket tapi aku sentap juga dgn tindakan sesetengah pihak. Rasa kesal. Berhempas pulas aku bekerja. Ya, aku akui adakala aku ngular jg. Sempat melayari internet tp aku masih tahu batas & had. Kerja aku tetap jalan mcm biasa. Penilaian terhadap diri sendiri mmg perlu. Aku tidak faham kalau aku tidak dipilih untuk kenaikan gaji. Dimana silap aku?

Pertanyaan demi pertanyaan menerjah kotak fikiran. Semakin sempit dan sempit sampai tak muat kapasiti otak aku untuk mencerna persoalan yang timbul. @@..Walaupun aku msh rasa down, tp kerja tetap aku lakukan sehabis baik. Aku cuba berfikiran positif. Mungkin apa yang terjadi ada sebab tertentu. Mungkin bukan rezeki aku. Meskipun msh kecewa namun aku mampu terima segalanya.

Nota Kaki # Kerja dgn ikhlas pasti diberkati.

October 23, 2012

Menghilang

Jenguk-jenguk blog....
Dah berhabuk der
Rindu giler dah lama tak update
Gara-gara lupa password
Finally, dah dapat new password
Aiya... kesian blog aku yg lama dibiar sepi
Lepas ni dapat la update slalu
huk-huk-huk-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...