March 3, 2014

Corat-coret hari Isnin

Hari Isnin permulaan hari yang amat membosankan. Apa yang terlintas untuk dicorat-coretkan? Tingggg! (mentol menyala!) Birthday yang akan disambut tak lama lagi. Buat anak buah kesayangan, Prince Jacques Crisswelin yang comel, nakal dan aktif sesangat. Aku selaku mak lang ni mmg tension la kalau jaga dia seharian. Nampaknya aku kena training jadi seorang pengasuh budak yang lebih penyayang dan lebih penyabar. Amboi-amboi-amboi mak jemah, sabo je la yeeee... Biasa la perangai budak-budak yang baru belajar erti hidup, semua dia nak try. Dengan gigi nya yang dah 6 batang menyerlahkan lagi ke'bujang'annya. 

Genap 1 April nanti anak buah kesayangan mak lang ni berganjak ke angka 1 tahun. Dah xde monthsary bagai. Fewitttt cayalah, dah reti berdiri sendiri; dah boleh jalan-jalan cari awek :) erkkkk??? oh tidakkk , kalau ya pun kena tunggu mak ngah dia kawen dulu. Mana aci potong line, biarlah yang tua mendahului ye tak? hahaha

Mak lang nak pakat dgn mokcik2 yang lain nak cr birthday cake paling mengancam untuk si kecil. Mesti dia excited tengok birthday cake dia serupa cake org nak bertunang. Kerrlass kau Jah! 

Ok lah, wait & see update untuk birthday party Prince Jacques. Love you sayang...muah3x 
 

February 24, 2014

Blur

Hari ni Isnin, 24/02/2014. Blur tak tahu nak tulis ape dalam blog. Dah begitu lama dibiarkan sepi. Kalau la ini sebuah rumah, tentunya dah bersarang labah-labah. For sure rumah tu pula banyak spiderman. hikhik (susah kalau imagine advance sangat, asyik fikir pakwe hansome jer) 

Beberapa hari ni aku sibuk membelek-belek website yang berkaitan dengan Negeri Dibawah Bayu (Sabah). Membuat persediaan sebelum ke sana. Kadang kala runsing dibuatnya. Berlagak tenang pula padahal dalam hati nervous beb. Nak cuak amende nye kan, masih dalam Malaysia. Sadangkan Indonesia pun relax saja kan. 

Ke Sabah bersama Encik Suami memang best la. Buat pertama kali terbang bersama-sama suami. Kalau sebelum ni Encik Suami di Kuching, aku pula di Selangor. Sama ada aku pulang ke Kuching atau Encik Suami travel ke Selangor. So, tak merasa lagi berduaan dalam flight dgn Encik Suami. (Husband, I Love U)..hahaha budget romantik jap! 

Ada beberapa tempat telah aku list down seperti Centre Point, Dairy Farm, Kiram's Village, Rumah Terbalik, Pasar Filipina, Poring Hot Spring, Ladang Teh, Kinabalu Park & Manukan Island. Aku harap diberi kesihatan yang baik sebelum, semasa & selepas percutian. Karang tak pasal2 terperap dalam bilik hotel la jawabnyer. Aku sudah mem'booking' room di Kinabalu Pine Resort, Kundasang (RM 210.00/room) untuk 2 orang. Dari apa yg aku dengar & baca, KPR ni best. Bila pagi2 dapat lihat puncak gunung Kinabalu yang diselimuti awan dan kabus dengan lebih jelas. (Imagine : Feeling sejuk sangat). Kereta pula telah aku booking untuk 3 hari (24 jam x 3 hari) RM90.00/day. Memandangkan kami berdua sahaja, badan pun xbrapa nak besar, tak brapa nak kecil rasanya Viva (Auto) cukup baik & selesa untuk kami berdua berjimba nanti. 

So, tunggu je la ok..hehehe next time pula update :) 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...