Beberapa hari ni aku sibuk membelek-belek website yang berkaitan dengan Negeri Dibawah Bayu (Sabah). Membuat persediaan sebelum ke sana. Kadang kala runsing dibuatnya. Berlagak tenang pula padahal dalam hati nervous beb. Nak cuak amende nye kan, masih dalam Malaysia. Sadangkan Indonesia pun relax saja kan.
Ke Sabah bersama Encik Suami memang best la. Buat pertama kali terbang bersama-sama suami. Kalau sebelum ni Encik Suami di Kuching, aku pula di Selangor. Sama ada aku pulang ke Kuching atau Encik Suami travel ke Selangor. So, tak merasa lagi berduaan dalam flight dgn Encik Suami. (Husband, I Love U)..hahaha budget romantik jap!
Ada beberapa tempat telah aku list down seperti Centre Point, Dairy Farm, Kiram's Village, Rumah Terbalik, Pasar Filipina, Poring Hot Spring, Ladang Teh, Kinabalu Park & Manukan Island. Aku harap diberi kesihatan yang baik sebelum, semasa & selepas percutian. Karang tak pasal2 terperap dalam bilik hotel la jawabnyer. Aku sudah mem'booking' room di Kinabalu Pine Resort, Kundasang (RM 210.00/room) untuk 2 orang. Dari apa yg aku dengar & baca, KPR ni best. Bila pagi2 dapat lihat puncak gunung Kinabalu yang diselimuti awan dan kabus dengan lebih jelas. (Imagine : Feeling sejuk sangat). Kereta pula telah aku booking untuk 3 hari (24 jam x 3 hari) RM90.00/day. Memandangkan kami berdua sahaja, badan pun xbrapa nak besar, tak brapa nak kecil rasanya Viva (Auto) cukup baik & selesa untuk kami berdua berjimba nanti.
So, tunggu je la ok..hehehe next time pula update :)
No comments:
Post a Comment