January 12, 2011

Tahun Baru Azam Baru Hidup Baru

Yeyyyyy.Bommm Kebabooo ..kita sudah melangkah ke tahun 2011...Pejam celik pejam celik masa begitu cepat meningalkan kita.. sapa nak mengaku tua? aku masih muda. Kalau tahun lepas aku masih kanak-kanak, tahun 2011 ni aku dh naik 1 tingkat lagi. Revolusi baru ke alam remaja. Dah 3 bulan aku tak menghadap blog. Kerana kesibukan dan perkara peribadi yang menyesakkan kepala otak lately. Walaupun banyak perkara yang berlaku namun aku masih Angela yang korang kenal dulu.Tak ada yang berubah selain usia semakin meningkat. (Namun masih muda remaja okey!). Memandangkan kita sudah memasuki tahun baru,2011, namun tidak terlewat untuk kita letakkan azam baru. Hah ape azam baru korang? Azam tahun lepas yang belum tercapai boleh carry foward. Kena usaha sikit untuk merealisasikannya. Aku bercakap pasal azam, aku rs selama usia aku 24 tahun ni rasanya aku xpernah tekadkan apa2 azam kot..muahahaha...teruk kan? sound trouble, janji usaha yang terbaek..pasni aku nak wat azam la. Tahun ni aku berazam nak melancong ke BALI..wow! i like it. Jom view the picture sesamer..






Amacam? Ade sape-sape nak ekot tak? Moh le beramai-ramai kita membanjiri Bali. Sementara kita bole cuci mata. Mari tenangkan fikiran.... :)

September 24, 2010

Musim Luruh

Musim luruh datang lagi
Ia bukan datang membawa kesedihan 
Ia juga bukan hadir utk menyakitkan
Ia cuma perlukan pengertian yg tiada penghujungnya

Semusim itu begitu berharga
Utk mengenal apa itu cinta
Utk merasai apa itu derita merindu
Sakitnya memendam
Andai dia tau segalanya alangkah baiknya

Musim panas itu indah
Pabila bunga mekar
Tetapi adakah ia tetap mekar pada musim luruh?
Layunya pasti

Adakah musim luruh akan berakhir begitu pantas?
Dan adakah musim sejuk menanti begitu pasti?
Jika cinta itu hadir di antara kita
Izinkan aku berkongsi musim sejuk bersamamu
Berikan sedikit ruang saja utk aku bertapak

Berikan ruang dan masa
Untuk menghayati kelembutan angin di musim luruh
Untuk menikmati dinginnya musim sejuk
Untuk merasakan hangat musim panas
Untuk menceriakan bumi pada musim bunga

Cuma 1 saja pengertian disebalik kata
4 musim begitu indah jika dikongsi bersama
Agar 1 masa, apapun musim ketika itu
Kita tetap bersama ...selamanya..


Hanya utk mu yg mengerti...
Ia tak mampu terluah oleh kata2..
Cuma perlukan suatu pengertian...
Sarang-Hae yo!








Autumn in My Heart OST: Reason

new hair , heart remain unchanged

Seketika di saloon wings damansara utama...

Mcm ne my new hair cut? ade cun tak? muahahaha
Opss terover la plak..sbb aku frust sngt pinangan ditolak,
tu pasai aku trus potong rambut hok gini...serabai bai!
Pinangan nak dapat air ticket RM69 hinggit oleh airasia...
O tidak, betapa aku tak dapat menerima hakikat yg aku
telah ketinggalan beberapa jam sblm ticket sold out....

Ape pun.....
Aku tetap aku yg slumber rock...hidup kena ceria ...
Baru org syg...kalo org xnak syg pon xpe..kita syg la diri
sndri...SO, kita tak la rugi ape2...

Sept 2010 akan berakhir tdk lama lagi...hargai sebaiknya..
Bagi aku Sept adalah bulan yang sngt2 indah dan perlu
dihargai setiap saat...sbb bila ia berlalu mmg xdapat di rewind blk..

August 30, 2010

aku mahu pulang

waaawaaaawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
aku mahu pulang
aku mahu dakap tubuh yang penuh dengan kasih sayang itu
aku mahu kucupan manja ibu
aku sudah jemu
aku sudah letih
aku sudah xsuke
ye xsuke xsuke xsuke!
benci dengan keadaan yg rabakkan kepala otak
benci dengan sikap kepura-puraan manusia
manusiakah itu, yang bertopengkan toyol
hahaha..kejam ketawa itu
arghhhh aku mahu pulang!!!!!!

August 25, 2010

Perjalanan yang panjang

Cuti lagi yey..!
bkn cuti2 malaysia taw tp cuti2 sbb tensen kje..aku tak kisah korang nak fikir aku malas ka, sengal ka, yg penting aku harus mengambil cuti atas alasan aku sudah lama tak jumpa kawan2 lama.

Plan kali ni boleh dikatakan pergi melabur masa di jalan raya. Dah boring dok melongo kat umah agaknyer.. kihkihkih..betapa cuak nyer aku bila terlambat sampai kat LCCT. owh!! 20 minit lagi flight nak berlepas. Nasib aku kira baik sbb sempat kejar.Kesabaran masih dalam tahap terkawal.Punya la sengal pakcik yg drebar bus tu..disengajakan kelambatan perjalanan ke KL central. Geram nyer...Tp aku dh maafkan dalam hati.huhu

Bermulalah perjalanan yang panjang.
KL -> KUCH -> SIBU -> BINTULU -> MIRI -> SIBU -> KUCH -> KL.
nampak mcm singkat kan..tp hakikatnya ia hanya mengambil masa 4 hari..mmg semua sendi2 aku nak tercabut seyh...tp aku happy giler.Xpernah aku wat jelajah jalan smpi begitu panjang masanya. Dikesempatan ni aku nak ucapkan tima kaseh kat kwn2 yg tolong driving..hehe sori ye aku hanya jadi penumpang jer.

Bila dh pulang KL rs sunyi sngt.Sedih datang lagi & cuti menjerit2 minta nak lagi..wakaka suka sngt jalan..NAH! hambik kau! kerja atas meja berlamabak..mcm mn nak buat ni? haha...kena la tanggung sndri kan kan...
pe pun aku amat puas dgn percutian kali ni..

Kepada korng2 yang kerja separuh nyawa tu, pergi la bercuti sekali sekala, bila pulang korang akan rs begitu semangat pulak nak kerja..selamat maju jaya :P

August 6, 2010

J.I.K.A.

JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU,
"HARGAILAH IA SEBELUM TERLAMBAT" dot.dot.dot.

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
Dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.





















Wahai suami-suami,
Jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam...

Wahai suami-suami,
Jika seorang isteri menangis keranamu,
Tolong jangan sia-siakan nya
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis dihadapanmu,
Saat dia menangsi keranamu,
Lihatlah jauh ke dalam matanya
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Disebalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dasyat...

TUTUR katanya merupakan kebenaran...
SENYUMANNYA adalah semangat bagi orang yang dicintainya
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yg dikasihinya
Dia mampu TERSENYUM disebalik KESEDIHANnya
Dia sangat GEMBIRA melihat kelahirannya
Dia begitu SEDIH melihat KEMATIAN
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN

Tetapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal...
Bahawa "Betapa berharganya dia"...
Wahai SUAMI jangan lupa bahawa ISTERI anda begitu berharga...dia sangat BERHARGA..


Petikan xdapat dikesan usulnya..
Jam 6.38pm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...